Islam
adalah agama Allah yang telah diturunkan dari langit kepada sekalian nabi-nabi
dan para rasulNya.
Islam adalah agama
tauhid yang mewajibkan setiap penganutnya menyembah dan beribadah hanya kepada
Allah. Semua agama selain Islam adalah
agama yang bid'ah dan syirik. Tidak akan
diterima oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala apapun agama dan pengibadatan
sejak dahulu, sekarang dan sehinggalah ke Hari Kiamat kecuali pengibadatan
mereka yang beragama Islam sebagaimana firman Allah:
اِنَّ الدِّيْنَ عِنْدَ اللهِ
اْلاِسْلاَمُ.
"Sesungguhnya
agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam".
Ali
Imran, 3:19 .
Oleh kerana semua agama selain Islam
tidak diterima, maka dengan demikian, semua penganut agama selain agama Islam
akan merugi di akhirat kelak kerana mereka akan ditempatkan di dalam
neraka. Allah berfirman:
وَمَنْ
يَبْتَغِ غَيْرَ اْلاِسْلاَمِ دِيْنًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى
الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.
"Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam,
maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di
akhirat termasuk orang-orang yang rugi".
Ali
Imran, 3:85.
Begitu juga,
terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith sahih yang telah
memerintahkan kepada sekalian manusia agar menjadi orang yang beragama Islam
yang tunduk dan patuh kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Antara ayat tersebut ialah firman Allah:
وَاُمِرْتُ
اَنْ اَسْلَمَ لِرَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
"Dan
Aku diperintahkan supaya (menjadi seorang Islam) tunduk patuh kepada Tuhan
semesta alam".
Al-Mukmin,
40:66.
Sebenarnya hanya Islam dan
iman sahaja nikmat yang paling besar yang dianugerahkan oleh Allah kepada
hambaNya jika mereka mengetahui dan percaya.
FirmanNya:
بَلِ
اللهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ اَنْ هَدَاكُمْ لِلاِيْمَانِ اِنْ كُنْتُمْ صَدِقِيْنَ.
"Sebenarnya
Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada
keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar".
Al-Hujurat,
49:17.
0 komentar:
Posting Komentar